Jawatan Kosong

Lebih 1,000 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Perkhidmatan Awam Bagi Jun 2024

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sentiasa melakukan kemaskini terdahap sebarang tawaran jawatan-jawatan perkhidmatan awam setiap tahun.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedang membuka peluang kerjaya serta mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan berdedikasi. 

Bagi calon yang berminat, anda hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Di dalam artikel ini dikongsikan maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)

Butiran Skim Perkhidmatan:

  • Nama Skim Perkhidmatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)
  • Kod Skim : 3LN14
  • Klasifikasi Perkhidmatan : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (N)
  • Jenis Skim Perkhidmatan : Pelaksana
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan SPM
  • Gred: N19, N22, N26, N28
  • Layak BIPK: Tidak
  • Kenaikan Pangkat ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi: Tidak

Kekosongan: 1,068

Simpanan: 1,000

Taraf Lantikan

i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tahun; dan

ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah
secara pelantikan tetap.

Tarikh Tutup Permohonan

20 JUN 2024 (KHAMIS) 11:59 MALAM

Ringkasan Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Syarat Lantikan Wajib

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Lantikan

Kelayakan lantikan ke gred N19:

1) Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan

Gaji Permulaan : N19: RM1,352.00

ATAU

2) Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Gaji Permulaan: N19: RM1,408.40

ATAU

Kelayakan Masuk: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Gaji Permulaan : N19: RM1,464.80

DAN

Syarat Lantikan Tambahan:

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM

Keperluan Bidang

Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 2:

(i) Pengurusan Pejabat
Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3:
(i) Penyeliaan Pengurusan Pejabat
(ii) Setiausaha Korporat Eksekutif
(iii) Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia
(iv) Pentadbiran Pejabat

4 Keperluan Tambahan

(i) Calon yang berumur 18 hingga 35 tahun; dan
(ii) Lulus (sekurang-kurangnya D) dalam 4 subjek lain pada peringkat SPM

Peruntukan Lain

Peruntukan KMP: Tiada
Jenis KMP: Tiada
Peruntukan HPG: Ya
Peruntukan Kemasukan Lateral: Tiada
Jenis Naik Pangkat: Biasa
Peruntukan (KPSL): Ya
KPSL Dari :
( 1 ) Bentara Parlimen
( 2 ) Pemandu Kenderaan
( 3 ) Penghantar Notis
( 4 ) Pembantu Operasi
Syarat KPSL: Akademik atau Peperiksaan Khas
KPSL Ke:
( 1 ) Penolong Pegawai Tadbir
( 2 ) Penghulu
Syarat KPSL: Akademik atau Peperiksaan Khas

Cara Memohon

Sila layari lawan web berikut: https://spa9.spa.gov.my/login