Jawatan KosongUncategorized

Kekosongan Lebih 20 Jawatan Kerajaan Untuk Mei 2024. Gaji Permulaan RM2,429.00

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sentiasa melakukan kemaskini terdahap sebarang tawaran jawatan-jawatan perkhidmatan awam setiap tahun.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedang membuka peluang kerjaya serta mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan berdedikasi. 

Bagi calon yang berminat, anda hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Di dalam artikel ini dikongsikan maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

1) Jawatan Yang Ditawarkan

1) PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41
(PENDENGARAN)

  •   Kod Skim: 3PU06  
  • Klasifikasi Perkhidmatan:PERUBATAN DAN KESIHATAN (U)  
  • Jenis Skim Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional  
  • Kumpulan Perkhidmatan:Pengurusan dan Profesional
  •  Gred:U41, U44, U48, U52, U54  
  • Layak BIPK: Tidak   
  • Kenaikan Pangkat ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi: Ya
  • Kekosongan: 8
  • Simpanan: 16

2) PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41
(PERTUTURAN)

  • Kod Skim: 3PU06  
  • Klasifikasi Perkhidmatan: PERUBATAN DAN KESIHATAN (U)  
  • Jenis Skim Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional  
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  •  Gred:U41, U44, U48, U52, U54  
  • Layak BIPK: Tidak   
  • Kenaikan Pangkat ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi: Ya
  • Kekosongan: 17
  • Simpanan: 34

Syarat Lantikan Wajib

  • Warganegara Malaysia 
  •  Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Kelayakan Lantikan Ke Gred U41

  • Kelayakan Masuk: Ijazah Sarjana Muda Kepujian 
  • Bidang/Kelayakan Khusus: ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
  • Gaji Permulaan U41: RM2,429.00
  •  Syarat Bahasa Melayu: Kepujian di peringkat SPM/SVM
  •  Bidang Kelayakan Akademik: Separa Perubatan 

Peruntukan Lain

  • Peruntukan KMP: Tiada  
  • Jenis KMP: Tiada
  • Tiada Peruntukan HPG: Tiada
  • Tiada Peruntukan Kemasukan Lateral: Tiada 
  • Jenis Naik Pangkat: Biasa 
  • Peruntukan (KPSL): Ya  
  • KPSL Dari: ( 1 )  Jurupulih Perubatan 
  •  Syarat KPSL: Akademik  
  • KPSL Ke: Tiada   
  • Syarat KPSL: Tiada

Ringkasan Tugas

Bertanggungjawab dalam aspek perawatan pemulihan pesakit dalam bidang pengkhususan berkaitan dan membuat penilaian, perancangan dan pengurusan program rehabilitasi terhadap pesakit-pesakit.

Taraf Pelantikan

  • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
  • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Maklumat Syarat Lantikan

Maklumat syarat lantikan/gaji/tugas-
tugas jawatan boleh dicapai melalui
Laman Web EZSkim JPA di pautan:
https://www.interactive.jpa.gov.my/ezski
m/klasifikasi/perbekalanskim.asp?id_ski
m=3PU06

Keperluan Bidang

Audiologi

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh
senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima
sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 29 Mei 2024 (Rabu) jam 11.59 malam.Maklumat rasmi kekosongan dan permohonan secara dalam talian boleh dirujuk di pautan berikut: 

1) https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2024/IKLAN_SPA9_PG_KKM_PegawaiPemulihanPerubatanGredU41(Pertuturan).pdf

2) https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2024/IKLAN_SPA9_PG_KKM_PegawaiPemulihanPerubatanGredU41(Pendengaran).pdf

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja